Friday, April 24, 2009

PENANTI OH PENANTI....

Pendapat untuk renung sejenak>>

Sebenarnya apa yang terjadi di Penanti didalam parlimen Permatang Pauh mungkin berlainan sedikit di tempat-tempat yang lain, bukannya kami mahu perpecahan. Ini berkaitan soal survival politik orang Islam khususnya orang yang berbangsa Melayu di Pulau Pinang.Semua sudah maklum, sekiranya kerusi calon itu dimenangi, secara automatik dia akan memperolehi jawatan exco dalam pentadbiran kerajaan negeri dan juga kerusi tertinggi dalam hirarki negeri iaitu Timbalan ketua menteri 1 P.Pinang.

Disini kami mahu pemimpin yang benar-benar tahu permasalahn yang kami hadapi, yang selalu turun padang menemui rakyat, yang mempunyai daya kepimpinan untuk memobilisasikan gerakan rakyat untuk kehidupan yang lebih adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum bukannya pemimpin yang hanya pandai beretorik dan terdiri hanya dari golongan elitis.
Sekalipun dia seorang lebai kampung atau seorang hamba, tapi lebih tahu membuat kerja, mempunyai keazaman yang kuat dan sama-sama memikul permasalahan rakyat, itulah yang lebih diutamakan.

Entah sudah berapa banyak pemimpin ditukar dari zaman BN memerintah hinggakan ke PR, nasib kami disini masih disitu juga. Oleh itu kami berharap kepimpinan yang dilantik nanti mestilah orang yang selayaknya.

kami tidak mahu untuk dipaksa menerima kepimpinan yang tidak memiliki ciri-ciri seperti dinyatakan walaupun yang melantikanya itu orang tertinggi dalam kepimpinan organisasi parti (sama ada PKR, PAS atau DAP). Serahlah kepada rakyat disini untuk memilih dan mengangkat pepimpin yang dapat memenuhi aspirasi mereka. Kerahkan aktivis-aktivis parti dan tanya sendiri kepada rakyat siapa pemimpin yang selayaknya dilantik untuk mengisi kekosongan itu dan kami akan memberi jawapannya.

Apapun kami patuh sekiranya kepimpinan atas ada calon lebih baik dan difikirkan sesuai tapi apa yang penting Rakyat perlu diutamakan. Kami tidak menolak sekiranya ada pemimpin yang lebih baik dilantik untuk mengisi kekosongan itu. Sekian.

sambungan lagi sikit...

Apa dia permasalahan kita sebenarnya??bagiku adalah masalah menarik kepercayaan rakyat Pulau Pinang khususnya orang melayu yang masih tegar menyokong idealisme Barisan Nasional khususnya UMNO. Melayu disini masih terpukau tentang keindahan material dan lambakan bangunan pencakar langit yang tidak dapat digapai oleh mereka. Otak orang Melayu disini sudah semak dan semakin sesak setelah diindoktrinisasikan oleh gerombolan UMNO. Adakah mereka sedar akan masalah yang berlegar disekeliling mereka setelah dibohongi oleh pemimpin terdahulu sehinggakan yang buruk pun dikatakan indah!!!

Bila dilihat kawasan yang ditandingi PAS yang meliputi keawasan majoriti Melayu semuanya tewas kecuali di Dun Permatang Pasir, kenapa hal ini berlaku??

Ini kerana idealime dan wawasan kita tidak dapat diadun sebaiknya untuk diresapi oleh Rakyat Pulau Pinang khususnya yang berbangsa Melayu. Itu sebab kita perlukan seorang pemimpin yang benar-benar mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan rakyat/masyarakat yang dapat mempratikan teori-teori dan idealisme sehinggakan rakyat percaya akan keupayaannya.

Oleh itu, kita perlukan pemimpin yang mempunyai kepakaran itu. Kepakaran untuk menyatukan rakyat dan pemimpin. kepakaran meningkatkan mutu dan mengerakkan rakyat untuk berfikir. Dan saya yakin Islam ada penyelesaiannya…sekian, waasalam

shikarishyna
komunitisuarakehidupan@blogspot.com
(blog baru aktif...hahaha)

Tuesday, January 27, 2009

PROJEK SELAMATKAN PALESTIN

Assalamualaikum dan salam keamanan...

Alhamdulillah....akhirnya berjaya juga projek kecil kami "SAVE TO PALESTIN...KENAPA KAMU DIAM!!!" yang diadakan dibeberapa pasar malam disekitar Seberang Perai bermula di :

-Pasar Malam Padang Benggali, Teluk Ayer Tawar (11/1/2009)
-Pasar Malam Kg. Tok Elong, Bukit Mertajam (13/1/2009)
-Pasar malam Pokok Sena, Tasek Gelugor (14/1/2009)
-Pasar Malam Desa murni, Sungai Dua (15/1/2009)
-Pasar Malam Parit Busuk, Kubang Semang (16/1/2009)
-Pasar Malam Taman Pauh Indah, permatang Pauh (17/1/2009)

Aktiviti seperti tayangan multimedia "Palestin Menangis" dan kutipan dana dengan beberapa gimik 'Patung manusia' yang membuat beberapa pengunjung pasar malam agak 'terkejut' akan kehadirannya...terima kasih kepada Persataun Ulama' malaysia (caw. P.Pinang),ABIM P.Pinang dan semua orang yang menjayakan kempen ini terutamanya JKKK yang menguruskan tapak pasar malam dan para peniaga yang banyak memberi kerjasama .

p/s: patung2...pengorbanan kamu semua disanjung tinggi....hahahaha

Selamat datang ke laman blog kami....

SEDAR, BANGKIT DAN LAWAN!!!